About Me

Wanita koma dipukul suami kini di bawah jagaan keluarga

Seremban: Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya, Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan dekat sini.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memaklumkan Jahidah Nordin, 43, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban atas permintaan keluarga selain mendapat nasihat daripada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

"Fazariah ketika ditemui tengah hari tadi memaklumkan Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSA namun dipindahkan ke HTJ atas permintaan keluarga dan nasihat pihak HSA," menurut MAINS dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Kenyataan itu menyebut MAINS, melalui Unit Khidmat Kesihatan, memaklumkan agensi itu telah menghulurkan bantuan wang tunai sebagai permulaan dan mengambil beberapa maklumat lain bagi bantuan seterusnya.

Pada 17 Mei lalu, media melaporkan Jahidah, yang juga seorang penjawat awam dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dikejarkan ke HSA selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Bagaimanapun, suami mangsa iaitu Rosmaini Abd Raof, 38, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, mengaku tidak bersalah mencederakan isteri ketiganya itu sehingga parah.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!