About Me

Wanita dikompaun bergelang 'pink' ke kedai dobi


JASIN: Seorang wanita dikenakan kompaun RM1,500 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan memaklumkan, wanita berusia 29 tahun itu merupakan pemakai gelang merah jambu dan dikesan keluar rumah untuk ke sebuah kedai dobi layan diri di sini pada Ahad.

Katanya pasukan ronda COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bergegas ke lokasi berkenaan sebaik sahaja terima adun orang awam.

“Sebaik sahaja menerima aduan, sepasukan polis bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jasin terus ke lokasi kira- kira jam 5.30 petang dan mendapati terdapat seorang wanita berada di dalam sebuah kereta.

“Hasil pemeriksaan dilakukan ke atas wanita itu mendapati dia memakai gelang bewarna merah jambu dan KKM turut mengesahkan individu itu sedang menjalani kuarantin di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Ujar Mispani, pihak polis kemudian terus mengeluarkan kompaun serta-merta mengikut Seksyen 15(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 kerana ingkar pemerhatian dan pengawasan kontak rapat.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook yang meminta orang ramai berhati-hati kerana terdapat seorang wanita bergelang merah jambu pergi ke sebuah kedai dobi di Jasin untuk mengeringkan pakaian.

Kejadian itu menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai yang berada di kawasan sekitar dan terus bertindak membuat laporan sebelum pasukan ronda COVID-19 tiba bersama KKM dan mengeluarkan kompaun serta-merta.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!