About Me

Wanita dibelasah suami mungkin hilang ingatan


JOHOR BAHRU – Selepas dirawat selama 27 hari setelah mengalami cedera parah akibat dipukul suaminya, pegawai wanita sebuah jabatan kerajaan akhirnya dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga di Sungai Udang, Melaka, kelmarin.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fazariah, 38, berkata, kakaknya yang berusia 43 tahun masih belum sedarkan diri, namun keadaannya stabil.

“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.

“Selepas mendapat kebenaran Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, kami membawanya pulang ke Sungai Udang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Fazariah berkata, keluarga­nya reda dengan ketentuan Ilahi selepas pasukan perubatan memaklumkan kakaknya berkemungkinan hilang ingatan selain peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis.

Katanya, usia kandungan mangsa kini memasuki 11 minggu dan dalam keadaan baik.

“Sekarang ini kakak hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas.

“Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum,” katanya.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!