About Me

Walaupun kes menurun, rakyat masih tidak boleh rasa selesa - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Walaupun kes harian COVID-19 menunjukan trend penurunan di bawah angka 5,000 sejak beberapa hari kebelakangan ini, masyarakat masih tidak boleh berasa selesa.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, trend jangkitan harian COVID-19 dalam negara masih tidak stabil dan prosedur operasi standard (SOP) perlu sentiasa dipatuhi.

“Amalan pematuhan SOP pada setiap masa amat penting kerana kita boleh mengurangkan penularan jangkitan sekali gus melandai lengkuk COVID-19.

“Justeru, saya berharap semua pihak memainkan peranan ini termasuk meningkatkan kawalan kendiri untuk keselamatan dan kesihatan bersama,” ujarnya dalam kenyataan media pada Selasa.

Untuk rekod, jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu di Malaysia adalah sebanyak 4,743.

Sementara itu, beliau memaklumkan masih ada lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ia melibatkan dua lokaliti di Kunak, Sabah iaitu Kampung Pangi Hujung dan Kampung JKR Lama, yang berkuat kuasa pada 24 Jun sehingga 7 Julai 2021.

Sementara itu beliau menambah, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah melakukan 91,112 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 4,194 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,653 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Semalam, 959 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 923 individu dikompaun manakala 36 lagi direman," katanya.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!