About Me

Tular video lelaki beri bayi minum arak


SEBERANG PERAI – Tindakan seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi menimbulkan kemarahan banyak pihak selepas video insiden itu tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an sedang memangku bayi menyuapkan minuman berkenaan yang tertera label jenama minuman keras.

Turut kedengaran di dalam video itu adalah suara wanita yang bertutur dalam bahasa Tamil.

Insiden itu didakwa berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Balik Pulau dekat sini, namun setakat ini tidak dapat disahkan kesahihannya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel berkata, pihaknya membuat satu laporan polis di Perai di sini hari ini selepas melihat kiriman video tersebut.

“Laporan dibuat agar pihak polis membuat siasatan terhadap pelaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang.

“Perbuatan terkutuk ini harus dihentikan dan bayi tersebut juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya dalam satu kanyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan segera bagi melakukan pemeriksaan dan membuat ujian darah terhadap bayi itu untuk memastikan dia tidak terdedah dengan kandungan alkohol. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!