About Me

Tujuh lokaliti dikenakan PKPD Khamis ini

KUALA LUMPUR: Beberapa lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Khamis ini.

Di Selangor, PKPD dalam daerah Petaling itu membabitkan Menteri Court PJS 8, Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite PKNS.

Di Kuala Lumpur, PKPD membabitkan dua lokaliti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Taman Bukit Angsana.

Di Terengganu , PKPD membabitkan Kampung Kubang Jela, Mukim Manir, Kuala Terengganu manakala di Sabah membabitkan Kampung Balung Coco dekat Tawau.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat berdasarkan penilaian merangkumi peningkatan kes dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan, berkuat kuasa 1 Julai sehingga 14 Julai 2021.

"Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM melakukan saringan, menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPD di beberapa lokaliti antaranya di Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, katanya, PKPD ditamatkan hari ini membabitkan Apartmen Country Heights dan Apartmen Vista Minintod dekat Penampang.

Katanya, PKPD yang akan ditamatkan esok pula membabitkan PPR Taman Ehsan, Kudat; Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, Kalabakan serta Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, Tawau.

PKPD yang turut ditamatkan esok, katanya, ialah di Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil, Kota Kinabalu serta Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud dan Kampung Geobilt serta Kampung Muara Tebas, Kuching.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!