About Me

Tinggal nota sebelum terjun sungai


MUAR – Seorang pemuda yang dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui mati lemas selepas terjun ke dalam sungai di Kampung Bukit Tereh, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, mangsa yang berusia 33 tahun itu ditemui terapung pada pukul 1.40 tengah hari selepas dilaporkan hilang sejak petang semalam.

“Kami menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dia bertindak terjun dari sebuah bot pada pukul 6.40 petang semalam.

“Seorang saksi yang juga nelayan di kawasan itu memaklumkan melihat mangsa sedang mendayung bot sebelum tiba-tiba dia bertindak terjun ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrizal yang juga ketua operasi berkata, mangsa dipercayai bertindak demikian berikutan mengalami tekanan perasaan berdasarkan penemuan nota ditinggalkan selain maklumat dari ahli keluarga. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!