About Me

Tindakan jika peniaga cuba kaut untung tinggi


Kuala Kubu Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan sebanyak 72 notis bertulis kepada peniaga kerana disyaki mengambil keuntungan tinggi sejak Januari lalu sehingga kini.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, antara kesalahan dikesan membabitkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Bekalan 1961.


Menurutnya, daripada 72 notis dikeluarkan, ada kes sudah dikompaun selain masih dalam siasatan.

"Selain itu, sebanyak 32 kes disiasat mengikut Akta 342 kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


"Antara kesalahan itu ialah tidak membuat imbasan MySejahtera, tidak menyediakan pengimbas suhu dan membuka premis sedangkan disenaraikan tidak dibenarkan beroperasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi bersepadu meninjau barangan keperluan dan pematuhan SOP di Pasar Awam Kuala Kubu Bharu dan Pasar Peladang, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai operasi itu, Muhamad Zikril berkata, operasi diadakan untuk melihat sama ada barangan keperluan mencukupi atau terkesan dengan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

"Setakat pemantauan ini mendapati barangan keperluan seperti ayam, ikan, sayuran dan lain-lain mencukupi bagi daerah ini.

"Selain itu, kita juga membuat pemantauan SOP mengikut Akta 342 di mana mereka mematuhi arahan ditetapkan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, tahap pematuhan peniaga di Selangor setakat ini pada tahap yang baik iaitu 95 peratus.

"Barangan kawalan seperti minyak masak, gula, tepung dan sebagainya juga masih mencukupi," katanya.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan tidak membuat pembelian panik manakala peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau menyorok barangan bagi mendapat keuntungan tinggi.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!