About Me

Tiga kilang dan sembilan premis diarahkan tutup


Kuala Lumpur: Tiga kilang dan sembilan premis diarahkan tutup kerana melanggar arahan kerajaan dan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan 1,902 pemeriksaan ke atas kilang dan 11,478 premis perniagaan semalam.

Katanya, secara kumulatifnya, pasukan Task Force berkenaan sudah melaksanakan 93,459 pemeriksaan dan pemeriksaan mengejut Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 20,717.

"Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP diwartakan.," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya, kerajaan turut bersetuju mengenakan beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Wilayah Persekutuan (WP) Labuan iaitu wajib menjalani ujian RT-PCR Covid-19 tiga hari sebelum kemasukan.

Selain itu, kerajaan menetapkan kuarantin wajib pengembara iaitu kuarantin 10 hari di rumah bagi penduduk asal Labuan, kuarantin 10 hari di rumah dan hotel bagi penjawat awam.

Manakala kuarantin 14 hari di hotel ditetapkan bagi pelawat asing dari luar negara.

"Pengguna Kad Harian Transporter diwajibkan mengambil PCR setiap dua minggu dan wajib menjalani ujian RTK antigen setiap minggu.

"Pelepasan masuk kapal dibenarkan untuk warga negara sahaja dan wajib menjalani kuarantin 14 hari denganujian RT PCR pada hari ke 10. Prosedur kemasukkan ke Labuan adalah terpakai sepenuhnya. Keutamaan diberikan kepada individu yang telah mengambil vaksin Covid-19.

"Pelepasan keluar dibenarkan dengan 14 hari kuarantin dan wajib menjalani satu ujian RT PCR.

Kapal Kumpit ditangguhkan buat sementara waktu," katanya.

Katanya, pelaksanaan sekatan tambahan ini akan berkuatkuasa bermula 1 Julai 2021 sehingga diberitahu kelak.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!