About Me

Tiga hari bertarung nyawa, warga emas melecur dalam kebakaran meninggal dunia


KUALA TERENGGANU: Selepas tiga hari bertarung nyawa, warga emas yang melecur dalam kebakaran yang mengorbankan isterinya di Kampung Losong Haji Su di sini,meninggal dunia pagi ini.

Mangsa, Jusoh Muda, 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.31 pagi ini selepas tiga hari bertarung nyawa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, mangsa meninggal ketika menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurutnya, mangsa melecur kira-kira 50 peratus pada bahagian kaki dan badan.
"Susulan kecederaan yang dialami itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada Isnin, seorang wanita warga emas ditemui maut manakala suaminya melecur selepas kediaman mereka hangus dijilat api.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa, Fatimah Mohd, 79 tahun, maut selepas terperangkap dalam kediaman tersebut.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!