About Me

'Tidak dapat saya bayangkan jika ayah bersendirian'


Georgetown: Hujan lebat berterusan lebih sejam menyebabkan tiga rumah di Padang Tembak, di sini ditenggelami air.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi hari ini, membabitkan tujuh penghuni termasuk seorang warga emas terlantar.

Marwan Roslan, 35, berkata, banjir kilat itu adalah kejadian ketiga dihadapi mereka sejak awal tahun ini.

"Banjir kilat kerap berlaku sejak lima tahun lalu dan kami tidak sangka air masuk rumah dengan cepat dalam kejadian hari ini.

"Sebelum ini kami ambil inisiatif sendiri, bina tembok halang air masuk ke dalam rumah tetapi tidak berhasil," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, perkakas rumahnya terjejas antaranya perabot, petik sejuk, dapur, pakaian dan lain-lain.

Marwan berkata, banjir itu berlaku dipercayai akibat parit yang kecil yang sukar menampung lebihan air ketika hujan lebat.

"Ayah saya yang berusia 65 tahun pula terlantar sejak setahun lalu kerana kemalangan motosikal dan dia menjalani pembedahan kaki kanannya minggu lalu.

"Mujurlah ketika kejadian, ada orang rumah. Tidak dapat saya bayangkan jika ayah bersendirian, " katanya yang memberitahu banjir itu surut kira-kira sejam kemudian.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!