About Me

Terkejut jumpa bom tangan dalam ladang


MERSING – Seorang pekerja di Ladang Mados Tanah Abang di sini dikejutkan dengan penemuan dua butir bom tangan ketika sedang membersihkan kawasan ladang itu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan penemuan bom lama jenis Hand Grenade itu dari orang awam di ladang terbabit.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan oleh pihak unit pemusnah bom Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor mendapati terdapat dua butir bom tangan dalam keadaan melekat kedua-duanya.

“Bom berkenaan dipercayai tinggalan perang dunia kedua. Kira-kira pukul 4.10 petang semalam, Unit Pemusnahan Bom (UPB) IPK Johor bersama UPB Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing telah berjaya memusnahkan bom berkenaan di ladang tersebut,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Cyril turut menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom agar segera lapor segera di mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Tambahnya, orang ramai juga diingatkan agar tidak mengusik atau menggerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!