About Me

Tempoh reman pegawai penyiasat rogol janda disambung


KOTA BHARU – Tempoh reman terhadap seorang pegawai penyiasat polis berpangkat Inspektor yang dipercayai merogol janda di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini pada minggu lalu disambung tiga hari.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga 14 Jun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Amni Johari di bilik reman Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris ketika dihubungi berkata, lanjutan perintah reman itu dilakukan terhadap suspek bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan kesalahan melakukan seks luar tabii.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, pegawai cawangan narkotik yang berusia 29 tahun itu telah direman selama empat hari mulai 9 Jun hingga hari ini selepas disyaki memaksa seorang tahanan wanita melakukan seks oral sebelum merogolnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!