About Me

Tempoh 2 minggu 'lockdown' akan datang kritikal - Dr Noor Hisham


Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu pelaksanaan 'lockdown' (sekatan pergerakan penuh) akan datang tempoh yang kritikal untuk negara mengurangkan bilangan kes kepada 4,000.

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk membantu melandaikan lekuk Covid-19 yang masih mencatatkan bilangan kes harian tinggi.

Namun, pada masa sama beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih melakukan pergerakan yang tidak perlu, termasuk perhimpunan seperti parti keramaian dan majlis.

"Ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Negara merekodkan sejumlah 5,793 kes baharu harian Covid-19 hari ini berbanding 6,849 kes semalam, manakala jumlah kes sembuh Covid-19 dalam tempoh 24 jam juga sekali lagi mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia, dengan 8,334 kes berbanding 7,749 semalam.

Kerajaan pada 28 Mei lalu memutuskan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!