About Me

Tekanan hidup punca lelaki cuba pecah mesin ATM


BALIK PULAU – Seorang lelaki yang dipercayai berdepan tekanan hidup cuba bertindak memecahkan mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, tindakan suspek bagaimanapun berjaya dihidu pihak atasan bank berkenaan yang segera menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, tindakan pantas pasukannya berjaya menumpaskan suspek terbabit di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu dikatakan datang seorang diri dengan menaiki bas dari George Town. Siasatan juga mendapati motif suspek melakukan sedemikian adalah disebabkan tekanan hidup.

“Pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian berlaku. Suspek ditahan di untuk siasatan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya di sini. 

– K! ONLINE


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!