About Me

Tayar terpakai sumber rezeki


KOTA TINGGI – Seorang suami nekad menjadikan tayar terpakai sebagai sumber pendapatan baru bagi menyara ke­luarganya selepas dibuang kerja ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu.

Tasripin Md Said, 62, berkata, dia yang bekerja sebagai pemandu lori pada awalnya agak buntu kerana diberhentikan secara tiba-tiba oleh majikannya.

Katanya, dia mempunyai tiga orang anak dengan seorang lagi anaknya masih belajar di darjah dua dan memerlukan kos untuk persekolahannya.

“Saya pada mulanya cuba-cuba membuat hiasan daripada tayar terpakai ini selepas sering menonton di YouTube.

“Selepas jadi elok, saya letak di depan rumah. Ketua blok saya kemudian tertarik dengan hiasan bunga tayar untuk tempat tanaman pokok bunga dan mula membuat tempahan untuk satu blok,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Pasak, di sini semalam.

Tasripin berkata, dia juga bersyukur kerana hasil tangannya itu kemudian mendapat sambutan penduduk di Felda itu.

Ujarnya, malah kini hia­san tayar itu telah mendapat tempahan sekitar Felda lain sehingga tidak memang tangan.

“Syukur rezeki ini dapat menampung kehidupan kami sekeluarga,” jelasnya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!