About Me

Tali gantung menanti dua beradik


Tuaran: Taling gantung menanti dua beradik selepas ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru-Baru di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, lelaki berusia 22 tahun dan kakaknya yang berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 1.50 petang.

Katanya, serbuan dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

"Kedua-dua suspek ditahan bersama dadah syabu seberat 323.63 gram bernilai anggaran RM33,360 yang dipercayai untuk diedar atau dijual kepada pelanggan di kampung terbabit.

"Saringan ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dan semakan rekod mendapati mereka juga tiada rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Hamizi, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum mati.

Mohd Hamizi berkata, polis mengucapkan syabas kepada orang awam dan berharap terus menyalurkan maklumat untuk membanteras kegiatan dadah.

- HMetro 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!