About Me

Tak sempat jual 28 ekor lembu seludup


PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang lelaki dan merampas sebanyak 28 ekor lembu yang dipercayai diseludup di dalam muatan lori dipandunya di Jalan Perumahan Prima Lubok Jong di sini hari ini.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada pukul 2 pagi selepas membawa lembu bernilai RM282,240 dipercayai untuk dijual di negara ini selain merupakan haiwan sembelihan menjelang Hari Raya Aidiladha nanti.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepasukan anggota telah melihat lori berkenaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin di kawasan itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, pemandu lori itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang lengkap berkaitan dengan urusan untuk membawa haiwan-haiwan berkenaan.

“Menurut Azhari, suspek dan kesemua lembu-lembu itu dibawa ke kes Balai Polis Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!