About Me

Suspek kes samun klinik gigi ditahan


Kuala Lumpur: Polis sudah menahan suspek kejadian samun klinik gigi di Setapak yang tular di media sosial sejak semalam.

Kejadian samun pada 6.34 petang itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) klinik berkenaan membabitkan tiga lelaki bersenjata.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek memberhentikan Proton Saga BLM warna hitam berdekatan klinik terbabit sebelum seorang daripada suspek masuk ke dalam premis itu.

Dua video berdurasi 2.30 minit dan 1.54 minit itu menunjukkan tiga lelaki memakai pelitup muka dengan seorang yang berkopiah dan bersenjatakan parang menggeledah klinik terbabit.

Mereka kemudian melarikan diri dengan kereta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Suspek sudah ditahan awal pagi ini dan sedang mengesan suspek lain bagi membantu siasatan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!