About Me

Sumbat rangka Yamaha 125Z curi dalam Proton Saga


PASIR MAS – Hasrat dua lelaki yang ingin meraih keuntungan dengan menjual rangka motosikal jenis Yamaha 125Z curi tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis di Jalan Kampung Meranti Kechil di sini semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 40 tahun itu dicekup selepas anggota polis menahan sebuah kereta jenis Proton Saga pada pukul 11 malam di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa melakukan rondaan, sepasukan anggota polis telah melihat sebuah kereta jenis Proton Saga berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemerhatian yang dilakukan mendapati tiga orang lelaki sedang memasukkan sesuatu ke dalam kereta itu.

“Anggota polis terus membuat pemeriksaan dan berjaya menahan dua lelaki manakala seorang lagi berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan di dalam kereta itu telah membawa kepada penemuan sebuah rangka motosikal jenis Yamaha 125Z yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pihaknya mendapati bahagian nombor casis motosikal berkenaan telah dicanai.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

-K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!