About Me

Sultan Sharafuddin terkejut Selangor terima vaksin sedikit


SHAH ALAM – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) diharap mempercepatkan dan menambah bilangan dos vaksin untuk rakyat negeri Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut apabila disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diterima Selangor sehingga 1 Jun lalu.

Sebelum ini, jumlah pemberian dos vaksin bagi Selangor didakwa sebanyak 2.9 juta dos.

Katanya, baginda turut berdukacita melihatkan angka-angka harian kes positif baharu di negeri Selangor yang sentiasa menunjukkan peningkatan dengan jumlah kumulatif kes positif sehingga semalam mencecah 203,520 kes serta jumlah kematian yang amat membimbangkan iaitu 961 kematian bagi tempoh sama.

“Baginda menegaskan adalah tidak adil apabila nisbah jumlah pemberian dos vaksin ketika ini tidak seimbang dengan jumlah populasi keseluruhan penduduk di negeri Selangor yang berjumlah 6.5 juta.

“Selain itu, baginda juga suka untuk mengingatkan bahawa negeri Selangor adalah penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, justeru keutamaan wajar diberikan untuk negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohamad Munir, Sultan Sharafuddin bertitah, nyawa rakyat haruslah diberi keutamaan berbanding agenda-agenda lain dalam situasi sekarang.

Sehubungan itu, baginda mahu agar jumlah pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri Selangor ditambah khususnya di kawasan luar bandar.

“Baginda berpandangan pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi.

“Pada masa sama, baginda turut memuji langkah Kerajaan Negeri Selangor ketika ini yang agresif melakukan ujian saringan Covid-19 secara percuma untuk rakyat di seluruh pelusuk negeri,” jelasnya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!