About Me

Suami pukul isteri hingga koma didakwa esok


JOHOR BAHRU – Lelaki yang disyaki terlibat memukul isterinya yang hamil sehingga parah dan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pertuduhan itu dibuat setelah mendapat kebenaran Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman untuk dituduh di mahkamah.

Beliau berkata, peniaga pakaian itu sebelum ini ditahan di tepi jalan kawasan Taman Bukit Angsana, Kuala Lumpur dan direman selama enam hari yang berakhir hari ini.

“Lelaki berusia 38 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya Ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 4 Mei lalu, seorang kakitangan awam di negeri ini terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini selepas dipercayai dibelasah suaminya dengan kejam.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Larkin di sini.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan mangsa berusia 43 tahun yang sedang hamil empat minggu itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Wanita itu mengalami kecederaan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul.

Wanita itu yang merupakan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor kini dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di ICU HSA.

Selepas kejadian itu didedahkan Kosmo! pada 17 Mei, suspek itu bertindak melarikan diri namun akhirnya berjaya dicekup polis di rumah kenalan selepas 38 hari bersembunyi.

Mohd. Padzli berkata, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!