About Me

Suami, isteri nyaris maut kereta terhumban tepi sungai


MACHANG – Pasangan suami isteri nyaris maut selepas kereta yang dinaiki mereka terhumban ke kawasan tepi sungai di Kampung Bandar Hilir, Kemubu di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 9 pagi itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berusia 55 dan 51 tahun mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama sembilan anggota.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipercayai terbabas sebelum merempuh penghadang jambatan.

“Siasatan mendapati, insiden itu menyebabkan kereta berkenaan terhumban ke kawasan tepi sungai dengan keadaan bahagian hadapannya tersangkut pada sebatang pokok.

“Terdapat seorang penumpang wanita mengalami kecederaan pada bahagian muka dan tersepit di bahagian tempat duduk hadapan. Pemandunya pula telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, pemandu kereta itu dihantar ke Hospital Machang di sini manakala isterinya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!