About Me

Suami isteri ditahan disyaki dera adik berusia 10 tahun


SEREMBAN: Sepasang suami isteri ditahan polis kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Felda Raja Alias 4, Jempol, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kedua-duanya ditahan kira-kira 4.10 petang di kediaman mereka selepas polis menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa merupakan adik berlainan bapa kepada suspek lelaki berumur 34 tahun manakala seorang lagi suspek merupakan kakak ipar mangsa berumur 35 tahun.

"Kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan tinggal bersama kedua-dua suspek selepas kematian ibu bapanya.

"Dalam kejadian semalam, dia dipukul oleh kakak iparnya menggunakan rotan sehingga luka dan berbirat pada bahagian badan kerana mangsa membaling batu ke rumah orang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hoo berkata kanak-kanak itu juga dipercayai pernah dipukul abangnya menggunakan penyangkut baju kerana disyaki mencuri duit pada Ramadan lepas.

Susulan itu, beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut manakala kedua-dua suspek direman hari ini di Mahkamah Kuala Pilah dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!