About Me

SPRM tahan enam kakitangan bank minta, terima rasuah lulus 110 pinjaman peribadi


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam kakitangan sebuah bank, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon-pemohon pinjaman peribadi, melibatkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta antara 2018 hingga 2020, petang tadi.

Kesemua suspek lelaki berusia 36 hingga 45 tahun yang bertugas di beberapa cawangan bank itu sekitar Lembah Klang, ditahan 4.45 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor, dekat sini.

Menurut sumber, kesemua suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi, bernilai lebih kurang RM18 juta.

"Wang rasuah tersebut ialah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan dari pemohon-pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman," menurut sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terhadap keenam-enam individu berkenaan.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk permohonan reman.


-- BERNAMA



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!