About Me

Sindiket tawar judi online, penipuan pelaburan kripto tumpas


ALOR SETAR – Polis menahan 19 individu termasuk warga China yang disyaki menjalankan kegiatan mempromosi perjudian dalam talian dan penipuan pelaburan mata wang kripto bitcoin selepas menyerbu tiga buah rumah di sini semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi Ops Dadu Calling Centre kira-kira pukul 3.40 petang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan intipan yang dilakukan selama seminggu.

Katanya, seramai 19 individu termasuk lima wanita yang ditahan terdiri daripada tujuh warga China dan 12 warga tempatan berusia antara 20 hingga 68 tahun.

“Dalam serbuan itu, kita merampas pelbagai barangan antaranya 195 telefon bimbit, 11 komputer riba, enam router, dua modem internet, dua unit tablet dan tiga kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah melakukan aktiviti mempromosi perjudian dalam talian dan terlibat penipuan pelaburan mata wang kripto bitcoin.

“Sindiket ini akan mewujudkan kumpulan WhatsApp untuk berinteraksi dengan pelanggan yang berminat membuat pelaburan sebelum menipu mangsa yang mana laman sesawang digunakan ialah Bittbay88.com,” ujarnya.

Katanya, sindiket menyasarkan mangsa dari Kanada dan negara Asia yang mana risikan mendapati sindiket telah beroperasi sejak Mac lalu dengan mengaut keuntungan antara RM300,000 hingga RM500,000 sebulan untuk setiap rumah tersebut. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!