About Me

Sewa kondominium mewah, tawar khidmat seks RM250


Kuala Lumpur: Kegiatan songsang sekumpulan lelaki yang menawarkan khidmat seks sejenis di sebuah kondominium mewah di ibu kota, terbongkar susulan serbuan polis kelmarin.

Difahamkan, mereka menyewa kediaman itu sejak minggu lalu untuk melakukan aktiviti terbabit selain berparti dan mengambil dadah. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis melakukan serbuan di kediaman berkenaan kira-kira 3 petang.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan terdapat lima lelaki berusia 31 hingga 42 tahun di dalam rumah.

"Soal siasat dilakukan, suspek mendakwa seramai 10 lelaki menyewa kondominium itu namun ketika serbuan lagi lima lelaki tiada di rumah.

"Pemeriksaan turut menemui dadah jenis syabu, kondom dan peralatan seks songsang," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad Zainal berkata, mereka menawarkan seks pada harga RM250 bagi sekali perkhidmatan.

Katanya, siasatan mendapati dua daripada suspek bekerja sebagai jurujual di pusat beli-belah, masing-masing seorang tukang masak, pereka grafik dan penganggur.

Katanya, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!