About Me

Seorang lagi kakitangan bank direman


SHAH ALAM: Seorang lagi kakitangan bank direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi, pada 2018 hingga 2020.

Perintah reman sehingga Isnin ini dikeluarkan Majistret Parvin Hameedah Natchiar di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada jam 4.05 petang semalam, selepas diminta hadir memberi keterangan berhubung kes terbabit.

Dalam pada itu, mahkamah turut membenarkan permohonan lanjutan reman empat hari bermula hari ini, terhadap enam kakitangan bank yang ditahan SPRM minggu lalu.

Enam individu berusia 36 hingga 45 tahun berkenaan sebelum ini direman tujuh hari, berakhir hari ini.

Terdahulu ketujuh-tujuh individu berkenaan tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.45 pagi.

Semua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi, membabitkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta.

Menurut sumber, wang rasuah itu sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan dari pemohon yang tidak layak untuk membuat pinjaman.

"Mereka dipercayai meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai kira-kira RM18 juta," katanya.

Sumber memberitahu, pegawai dan kakitangan berkenaan bertugas di beberapa cawangan bank itu di sekitar Lembah Klang.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!