About Me

Sengsara 10 beranak hidup daif, catu makanan


Tumpat: Terpaksa melelapkan mata dalam keadaan kesejukan tanpa sebarang alas kecuali berlantaikan simen dan berkongsi dua bantal lusuh.

Begitu kesusahan hidup dilalui 10 beranak dari Kampung Tebing, di sini, sehingga perlu mengikat perut atau makan sekali sehari kerana tiada apa yang boleh dihidangkan.

Situasi itu dialami keluarga terbabit apabila ketua keluarga, Mohd Yuskhairi Azhar Yusof, 34, yang hanya bekerja kampung terpaksa menerima apa sahaja kerja walaupun menerima upah sangat rendah.

Isterinya, Siti Nadia Mohd Sakri, 28, berkata selain dia dan suami serta tujuh anak berusia tiga bulan hingga 12 tahun, bapa mentuanya, Yusof Ismail, 71, juga tinggal bersama dalam rumah yang disewa sebanyak RM230 sebulan.

"Rumah ini ada dua bilik, tapi hanya sebuah sahaja yang boleh digunakan di mana ia menjadi bilik tidur saya dan suami serta anak bongsu.

"Enam anak dan bapa mentua tidur di ruang tamu berkongsikan dua bantal dan sehelai cadar nipis, namun tidak mampu digunakan kesemua mereka sehingga ada yang tidur tanpa apa-apa alas dalam kesejukan.

"Anak-anak sudah terbiasa dengan keadaan itu, malah mengerti dengan kedaifan keluarga. Dapat makan setiap hari pun sudah mencukupi," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed yang menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.

Siti Nadia berkata, suaminya melakukan pelbagai kerja sebagai sumber rezeki untuk kelangsungan hidup mereka termasuk mengambil upah menghantar garam kasar ke Terengganu sekali seminggu dengan bayaran RM100.

Menurutnya, dia sendiri turut membantu mencari sumber kewangan dengan mengambil upah membeli barangan dapur kepada penduduk terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Ketil, baru-baru ini dengan upah sekitar RM1 hingga RM2.

"Selain itu dua anak saya berusia 11 dan 12 tahun juga secara sukarela bekerja di sekitar rumah seperti mengecat lori dan kerja di kedai perabot kerana tidak bersekolah pada masa sekarang.

"Jika ada rezeki lebih, dapatlah kami makan nasi lebih daripada dua kali sehari dan ada lauk tapi jika tidak, memadailah sekali sehari berlaukkan ikan rebus diselang seli dengan telur goreng," katanya sambil memberitahu sewa rumah sudah tertunggak sejak tiga bulan lalu.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu membantu keluarga ini boleh menghubungi Siti Nadia di talian 014-2152770.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!