About Me

Seminggu radioterapi, berat Elyana naik 7kg


PETALING JAYA – Penyanyi Elyana meluahkan rasa syukur apabila berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan memberangsangkan selepas menjalani rawatan radioterapi sejak minggu lalu.

“Alhamdulillah. Berat saya daripada 35 kilogram (kg), hari ini timbang 42 kg.

“Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan kepada saya. Saya sayang anda semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen dalam Instagram.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti tidak putus-putus mendokan kesihatan serta kesejahteraan pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu.

“Alhamdulillah, semoga cepat sembuh. Kuatkan semangat ya.

“Masha-Allah cantik kak Elyana. Muka dah nampak berseri. Semoga penyakit yang akak alami segera pergi jauh,” tulis netizen.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Elyana kini menjalani rawatan radioterapi bermula 16 Jun lalu selama 10 hari sebagai satu cara melawan penyakit kanser limfoma tahap lima yang dihidapinya.

Sebelum ini, Elyana turut mengesahkan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu kini hampir memasuki tahap lima yang merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha. 

– K ! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!