About Me

Semalam kereta merah, hari ini kereta ungu pula


Johor Bahru: Dua kereta dilaporkan terjunam di longkang besar yang sama di Kampung Sungai Rinting D di Masai di sini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku hanya selang sehari apabila kejadian pertama berlaku semalam, manakala kejadian kedua pada petang hari ini.

Penduduk Kampung Sungai Rinting D, Tasliman Alwee, 47, berkata, kejadian pertama berlaku pada 8 pagi dan berulang sekali lagi pada 2 petang hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian semalam, dia yang berada di rumah terdengar dentuman kuat dari laluan berhampiran sebelum ke lokasi kejadian.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati sebuah Perodua Axia warna merah terjunam di longkang di sebelah laluan berkenaan.

"Tanpa berfikir panjang, saya dan seorang penunggang motosikal membantu mangsa.

"Saya turun ke dalam longkang dan berjaya menyelamatkan mangsa yang juga seorang wanita berusia lingkungan 30-an dan anak perempuannya berusia kira-kira empat tahun.

"Alhamdulillah mereka tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan kereta berkenaan juga sudah dialihkan dalam tempoh masa beberapa jam selepas itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tasliman berkata, malangnya pada hari ini kejadian sama berulang apabila sebuah Perodua Kancil terjunam di situ.

Menurutnya, seorang wanita mengalami kecederaan dalam kejadian hari ini.

"Saya difahamkan wanita berusia lingkungan 30-an itu cedera dan dibawa ke hospital dengan ambulansl.

"Tidak pasti punca kejadian itu sama ada laluan licin atau berbahaya. Kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membina bonggol di lokasi berkenaan bagi memberi amaran kepada pengguna laluan terbabit," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!