About Me

Sebar Berita Palsu, Guru Tuisyen Didakwa


Johor Bahru: Guru tuisyen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menyebar berita palsu berkaitan Covid-19 pada April lalu.

Mohd Nazaruddin Yusoff, 50, menjadi antara dua individu pertama di negara ini didakwa mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat.

Difahamkan, seorang lagi turut didakwa mengikut seksyen yang sama di Perlis hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Nazaruddin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.


Mohd Nazaruddin didakwa menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai dengan mengadakan penerbitan mengandungi berita tidak benar.

Dia didakwa memuat naik sekeping gambar ke akaun Facebook http://www.facebook.com/cikgu.nazaruddin yang menggunakan profil 'Mohd Nazaruddin Yusoff'.

Gambar itu memaparkan seorang anggota polis dilihat terbaring dengan beberapa anggota polis memberi bantuan dengan keterangan gambar, 'Mati lagi…di Pontian, vaksin kedua'.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian pada 11.50 pagi, 21 April lalu.

Mohd Nazaruddin didakwa mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang boleh didenda maksimum RM100,000, penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya serta denda selanjutnya maksimum RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim memerintahkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Julai ini bagi pengurusan kes dan penyerahan dokumen.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!