About Me

Sebanyak 29 premis termasuk kilang ditutup kerana langgar SOP


KUALA LUMPUR – Sebanyak 29 premis diarahkan tutup termasuk kilang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun lalu.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 43 premis dikompaun oleh pasukan petugas khas Covid-19 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Sebanyak 187 operasi pemeriksaan, 43 kompaun serta 29 notis tutup premis telah dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas Covid-19 MITI hasil daripada pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan SOP di premis kilang di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri turut memaklumkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan sebanyak 41 kompaun bermula 1 Jun 2021 bagi premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan.

“Seramai 2,262 penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara telah digerakkan sejak 1 Jun lalu, untuk memastikan pematuhan sepenuhnya SOP di semua premis perniagaan peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan akan sentiasa meningkatkan aktiviti penguatkuasaan pematuhan SOP dari semasa ke semasa dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan. 

– MalaysiaGazette

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!