About Me

RM70,000 kompaun dikenakan kepada tujuh kilang


KUALA LANGAT – Sebanyak RM70,000 kompaun dikenakan kepada tujuh buah kilang di daerah yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 13 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, tindakan tersebut hasil pemeriksaan terhadap 13 buah kilang bersama pihak berkuasa tempatan.

Katanya, setiap kilang yang didapati melanggar SOP dikenakan kompaun RM10,000 menjalankan aktiviti pembuatan elektronik dan kertas.

“Antara kesalahan dilakukan termasuk bas kilang membawa lebih pekerja dibenarkan, tiada surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI ), majikan membenarkan pekerja masuk tanpa mendaftar aplikasi MySejahtera dan bukan kilang dikategorikan perkhidmatan perlu.

“Selain itu, sebuah kilang juga telah diarahkan ditutup operasi kerana menjalankan operasi tanpa kelulusan MITI,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya turut mengeluarkan 94 kompaun dalam tempoh 13 Januari hingga 13 Jun lalu atas pelbagai kesalahan terutama tidak memakai pelitup muka, melanggar penjarakan fizikal dan jumlah individu dalam kenderaan melebihi daripada dibenarkan dalam SOP.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed menegaskan pihaknya akan memperhebatkan pemeriksaan di kilang-kilang dalam memastikan yang dibenarkan sahaja beroperasi sepanjang tempoh PKP penuh. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!