About Me

RM35,000 melayang ditipu scammer menyamar ‘anak’


SEBERANG PERAI – Seorang suri rumah kerugian sebanyak RM35,000 selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai anak lelakinya, semalam.

Wanita berusia 69 tahun itu dikatakan mula terjerat selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku kononnya anak lelaki mangsa, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, daripada perbualan itu, ‘anak’ mangsa tersebut memaklumkan beg duit dan telefonnya telah hilang.

“Jadi, dia memberitahu wanita berkenaan untuk meminjam wang sebanyak RM8,000.

“Bagaimanapun mangsa yang terpedaya telah memindahkan wang sebanyak RM35,000 biarpun tanpa membuat pengesahan dan semakan terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas menghubungi anak lelakinya untuk menuntut semula wang yang dipinjam tersebut.

“Wanita itu telah tampil membuat laporan polis semalam selepas anaknya memberitahu dia tidak pernah meminta untuk meminjam wang atau menggunakan nombor telefon berkenaan.

“Justeru, kita juga mengingatkan orang ramai agar menghubungi individu sebenar untuk pengesahan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang,” ujar beliau.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!