About Me

Remaja jumpa bom mortar dalam pasir pantai


SEBERANG PERAI – Dua remaja yang sedang berjalan di tepi Pantai Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas di sini menjumpai satu objek menyerupai bom mortar yang tertanam di dalam pasir, hari ini.

Objek berkenaan ditemui dalam keadaan separuh tertanam kira-kira pukul 1 petang sebelum mereka mengorek pasir bagi mengeluarkannya.

Remaja berusia 14 tahun itu yang menyangka ia adalah alat permainan telah membawa pulang objek tersebut ke rumah di Taman Desa, Kuala Muda dengan motosikal sebelum abangnya yang menyedari ia adalah sebutir bom menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati ia adalah sebutir bom jenis Mortar 50mm.

“Bagaimanapun, hasil maklumat awal Unit Pemusnah Bom (UPB) mendapati objek berkenaan tiada bahan letupan dan digunakan untuk pembelajaran.

“Objek sepanjang 30 sentimeter dan seberat 3 kilogram (kg) itu dibawa balik ke Pangkalan UPB, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!