About Me

Rabies ragut satu lagi nyawa di Sarawak


Kuching: Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut satu lagi nyawa di Sarawak apabila seorang lelaki di Stapang, Selangau dalam Bahagian Sibu, meninggal dunia, 12 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa berusia 45 tahun yang bekerja di sebuah kilang papan itu dimasukkan ke wad Hospital Sibu pada 6 Mei lalu kerana mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit semasa minum air dan hydrophobia.

Beliau berkata, mangsa mempunyai sejarah dua kali digigit anjing iaitu di bahagian betis dan dagu oleh dua anjing berbeza milik rakan sekerjanya pada Februari dan Mac lalu.

"Bagaimanapun, beliau tidak mencuci luka di bahagian betis dan dagu dengan air yang mengalir dan sabun selama 15 minit dan tidak pernah mendapatkan rawatan selepas digigit oleh anjing itu.

"Pemilik anjing pula sudah membunuh kedua-dua haiwan peliharaannya itu tanpa menyerahkan bangkainya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kesihatan mangsa semakin merosot dan berada dalam keadaan kritikal mulai 9 Mei lalu.

"Sampel klinikal untuk ujian pengesanan virus rabies diambil dan dihantar ke makmal Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 10 Mei dan keputusan sampel dilaporkan positif rabies pada 11 Mei 2021.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1.24 pagi, 12 Mei lalu dengan diagnosa rabies encephalitis," katanya.

Kes terbaru itu menjadikan jumlah terkini kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak tahun ini meningkat kepada empat.

Sejak wabak berkenaan diisytiharkan pada 1 Julai 2017 di Sarawak, jumlah kes adalah 35 dengan 33 kematian.

Terdapat dua kes kanak-kanak yang masih hidup namun dengan komplikasi neurologi yang teruk.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!