About Me

Pulanglah nak...ayah rindukan kamu Asraf


Tanjong Karang: "Baliklah Asraf walaupun sekejap. Kalau tak dapat jumpa, 'video call' pun jadilah.

"Ayah, Hassan Sabu, 82, dan ibu, Jaimah Yusof, 57, berharap dapat bertemu dengan mu sebelum menutup mata. Ayah kini sakit dan terlantar di atas katil," luah Azurahayati Hassan, 41.

Azurahayati yang juga anak kelima daripada 10 beradik dari Lorong Teratai Kanan, Jalan Bomba, Kampung Sungai Kajang Baru, di sini, berkata, mereka terpisah sejak 30 tahun dan kali terakhir berjumpa ketika Asraf berusia 12 tahun.

Katanya, pada waktu itu Asraf dipelihara keluarga angkat yang juga sepupu bapanya dan dipercayai menetap di Pulau Pinang.

Dalam masa sama, Azurahayati berkata, dia juga sedang mencari tiga adik-beradik kandung lain iaitu Abdul Malik, Malik dan Maznah hasil perkahwinan terdahulu bapa mereka.

"Ayah memiliki 14 anak menerusi tiga perkahwinan. Perkahwinan pertama ayah memiliki dua anak, manakala perkahwinan kedua (dua anak) dan perkahwinan ketiga (10 anak).

"Sewaktu ayah mengahwini ibu, Jaimah (perkahwinan ketiga), ayah ketika itu bergelar duda dan sudah bercerai dengan dua isterinya.

"Kami terpisah dengan adik nombor tiga (Asraf) sejak berpindah dari Kangar, Perlis ke sini (Tanjong Karang) pada 1985. Waktu itu, Asraf dipelihara oleh keluarga angkat yang juga sepupu kepada suami.

"Manakala tiga lagi adik-beradik (Abdul Malik, Malik dan Maznah) adalah hasil perkahwinan terdahulu ayah. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan keberadaan mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, tadi.

Kata Azurahayati, dia bergilir-gilir dengan ibu menjaga bapanya yang diserang strok, selain menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.

Menurutnya, bapanya sering menyebut nama anak-anaknya terutama Asraf dan kerap menangis kerana teringatkan mereka.

"Saya nak sangat bertemu Asraf. Biar dia pegang tangan ayah dan peluk serta cium dahinya. Mungkin dengan cara itu ayah dapat rasakan kehadiran anak-anaknya," katanya.

Sementara itu, Jaimah berkata, dia berharap anak lelakinya itu pulang menziarahi keluarga terutama melihat keadaan bapanya yang uzur.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!