About Me

Prestasi KWSP tidak terjejas, kerajaan dicadang tawar i-Sinar pada kadar separuh


KUALA LUMPUR – Memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah aset tabungan itu, kerajaan disaran melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, jika dulu impak i-Sinar dan i-Lestari 1.0 adalah RM78.8 bilion maka impak i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh tidak akan sampai RM39.4 bilion atau 4% daripada jumlah aset RM981.7 bilion KWSP kini.

KWSP mengumumkan keuntungan sebanyak RM19.3 bilion pada suku pertama 2021 dengan jumlah aset terkumpul KWSP jatuh kepada RM982 bilion pada berbanding RM998 billion pada akhir tahun 2020.

Bagaimanapun, Najib berkata, prestasi KWSP itu masih lebih tinggi berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik.

Menurut bekas perdana menteri, biarlah rakyat menguruskan sebahagian daripada duit sendiri pada tempoh ‘total” lockdown ini sebab keadaan lebih parah berbanding 5 bulan PKP 2.0 dan PKP 3.0.

”Jika bukan sekarang, maka bila? Sistem-sistem sudah ada. Logo ada. Elya pun ada,” katanya.

Tambahan pula, kesan daripada “total locdown” sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya melaksanakan total lockdown ketat semasa rakyat mendapat i-Sinar 1.0 lagi.

Tetapi akibat kegagalan PKP separuh masak yang berpanjangan menyebabkan pengeluaran i-Sinar 1.0 sudah kehabisan.

”PKP separuh masak ini bukan salah rakyat tetapi salah kerajaan yang berulang kali buat perkara sama yang terbukti gagal.

”Sebab itu, harap kerajaan akan berbesar hati untuk benarkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0,” ujarnya sambil berkata kerajaan tidak perlu risau kerana Kerajaan Barisan Nasional berjaya naikkan berganda jumlah aset KWSP daripada RM300 bilion kepada RM850 bilion dari tahun 2009 ke 2017 dengan memberi kelebihan kepada projek-projek KWSP. 

– MalaysiaGazette

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!