Kuala Lumpur: Operasi premis makanan dan restoran dilanjutkan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa esok.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini operasi membabitkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam.
"Selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun," katanya.
- HMetro