About Me

Polis tahan lori bawa pekerja kilang positif Covid-19


Sungai Petani: Sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong, dikesan membenarkan sekumpulan pekerjanya yang positif Covid-19 menaiki lori beramai-ramai sebelum mereka ditahan petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, seramai 48 pekerja yang baharu dipakaikan gelang merah jambu didapati menaiki lori untuk pulang ke asrama penginapan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, terdahulu video dan beberapa gambar sebuah lori tular di laman sosial menyebabkan polis berusaha mengesannya.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian mengambil tindakan mengesan lori terbabit sebelum berjaya menahan kenderaan itu yang dalam perjalanan pulang ke Sungai Lalang.

"Hasil siasatan mendapati terdapat kes positif dikesan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dan seramai 135 pekerja diarah ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda bagi dipakaikan gelang merah jambu.

"Dipercayai, majikan kilang berkenaan mengatur tiga kali perjalanan lori terbabit untuk membawa kesemua 135 pekerja yang positif Covid-19," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Difahamkan, orang ramai yang menyaksikan tindakan lori membawa pekerja terbabit bertindak merakam video dan gambar menyebabkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.

Adzli berkata, lori yang ditahan kereta peronda polis adalah yang membawa kumpulan terakhir pekerja kilang untuk pulang ke asrama.

"Seramai 48 pekerja kilang yang berada dalam lori itu dikesan positif Covid-19 dengan keadaan tangan bergelang merah jambu dan diarah dikuarantin di asrama.

"Pemandu lori itu kemudian disaman kerana kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan lain," katanya.

Pihak pengurusan kilang turut disiasat Seksyen 22 (b) Akta 342 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!