About Me

Polis tahan dua petugas taska berhubung kes dera kanak-kanak


SHAH ALAM: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak yang dipercayai berlaku di sebuah taska dalam sebuah hospital di Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kedua-dua wanita, yang merupakan petugas taska berusia lingkungan 20-an, ditahan pada kira-kira 3 petang Rabu selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Beliau berkata penangkapan itu susulan laporan kes penderaan yang diterima daripada ibu seorang kanak-kanak berusia 20 bulan pada hari sama.

"Kanak-kanak itu luka di pipi serta lebam di beberapa bahagian anggota badan. Siasatan lanjut mendapati terdapat seorang lagi kanak-kanak berusia 21 bulan yang menjadi mangsa penderaan di taska sama.

"Mangsa dipercayai telah dipukul di bahagian kaki dan kepala dengan bantal.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," menurutnya dalam kenyataan ringkas semalam.

Arjunaidi berkata pihaknya turut merampas sebiji bantal bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


-- BERNAMA

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!