About Me

Polis siasat lelaki pakai gelang pink di stesen minyak


BENTONG – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu dan tidak memakai pelitup muka ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Batu 1 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang boleh merebakkan penyakit dan Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong untuk memotong gelang pengawasan berwarna merah jambu namun kereta lelaki terbabit kehabisan minyak.

“Laporan polis telah dibuat terhadap lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup hidung dan mulut di tempat awam berdasarkan gambar yang tular,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, tular gambar seorang lelaki sedang mengisi minyak tanpa memakai pelitup muka serta memakai gelang berwarna merah jambu.

Katanya, jika sabit kesalahan lelaki berusia 25 tahun itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!