About Me

Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP


BUKIT MERTAJAM: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata siasatan dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.


-- BERNAMA

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!