About Me

Polis Sabah sentiasa pantau Pergerakan kumpulan militan Abu Sayyaf – Hazani


KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan Polis Sabah akan sentiasa memantau kegiatan kumpulan militan Abu Sayyaf yang dikesan masih aktif cuba menyelinap masuk ke negeri ini.

Menurutnya, operasi memantau kumpulan berkenaan sentiasa dijalankan bagi mengelakkan anasir jahat seumpama ini daripada memasuki sempadan Sabah.

“Tidak dinafikan hasil risikan mendedahkan masih ada kumpulan militan Abu Sayyaf yang cuba masuk di sempadan negara khususnya Sabah.

“Bagaimanapun, kita sentiasa memantau kegiatan kumpulan ini dengan kerjasama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta pasukan keselamatan Filipina,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, pasukan keselamatan berjaya menembak mati lima anggota kumpulan militan Abu Sayyaf termasuk seorang sub leader yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina dikenali sebagai Mabar Binda semuanya berusia antara 20-an dan 40-an pada 17 Mei lalu.

Di kawasan yang sama juga pada 8 Mei lalu, pasukan keselamatan berjaya menahan lapan anggota kumpulan militan Abu Sayyaf termasuk dua yang dinamakan dalam senarai orang dikehendaki kerajaan Filipina, dalam operasi jam 3 pagi yang mana polis turut menahan 29 lagi individu warga Filipina. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!