About Me

Polis nafi pekerja Pakistan bunuh diri ada permit kerja


Kuala Lumpur: Polis menafikan pekerja warga Pakistan yang dipercayai membunuh diri selepas dikatakan tidak dibayar gaji oleh majikan, memiliki permit kerja sah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, semakan pihaknya mendapati lelaki itu mempunyai pasport sah, namun tidak memiliki permit pekerjaan yang sah.

"Kes gantung diri juga disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan bukannya tiada tindakan lanjut (NFA).

"Diharapkan penjelasan ini dapat menjelaskan kekeliruan dan percanggahan fakta yang timbul," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas timbul kekeliruan mengenai status lelaki warga asing itu dan rakan sekerjanya yang didakwa memiliki pasport dan permit kerja sah seperti yang dilaporkan sebuah portal hari ini.

Menerusi laporan itu, status dokumen pekerjaan warga Pakistan terbabit didakwa masih tidak dapat dipastikan selepas dua agensi kerajaan mengeluarkan hasil siasatan berbeza.

Laporan menyebut siasatan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengatakan majikan mengakui bahawa lelaki itu pekerja warga asing tanpa dokumen, yang mula bekerja dengan syarikat berkenaan pada Januari 2019, bagaimanapun polis pula mengesahkan bahawa pekerja memiliki permit kerja yang sah.

Pada April lalu, tular di media sosial rakaman video lelaki itu yang mendakwa majikan gagal membayar gajinya selama beberapa bulan menyebabkan dia mengambil tindakan membunuh diri.

Pekerja asing itu ditemukan mati di tapak pembinaan di sini, pada 17 April lalu dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengarahkan JTK menyiasat insiden berkenaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!