About Me

Polis lupus ketum bernilai lebih RM12,000


SEBERANG PERAI – Polis melupuskan 1,263 liter cecair dan 300 gram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM12,365 di Sungai Lembu, Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ia merupakan barang rampasan yang melibatkan 229 kes penyalahgunaan ketum yang disiasat sejak tujuh lalu di daerah Seberang Perai Tengah.

“Daun dan cecair ketum itu disahkan mengandungi mitragynine oleh Jabatan Kimia Malaysia yang mana bahan ini telah dikategorikan sebagai racun di bawah Jadual Pertama dan bahan psikotropik di bawah Jadual Ketiga Akta Racun 1952.

“Ia dilupuskan menerusi kaedah tanaman seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 25 iaitu Peraturan-Peraturan Racun (Bahan-Bahan Psikotropik) 1989,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menahan seramai 240 individu di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang melibatkan 125 kertas siasatan di antara Januari hingga Mei tahun ini.

Menurutnya, sebanyak 81 kes atau kira-kira 65 peratus daripadanya telah dituduh di mahkamah. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!