About Me

Polis cedera bergelut dengan pencuri lori


Balik Pulau: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melarikan sebuah lori di Bayan Lepas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, anggota polis yang menaiki kereta peronda (MPV) mengejar suspek kira-kira 10 kilometer.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, terdahulu pemilik lori berkenaan mendakwa ternampak kenderaannya yang diparkir di sebuah pasar raya di Bayan Baru, dilarikan seorang lelaki.

Katanya, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

"Suspek berjaya ditahan polis selepas lori yang dipandu terbabas di hadapan sebuah stesen minyak di Sungai Tiram, Bayan Lepas.

"Seorang anggota polis turut tercedera dalam pergelutan ketika hendak menahan suspek," katanya kepada media di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, suspek dan anggota polis berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!