About Me

Polis bantu tolak kereta dipandu wanita bersama bayi


PARIT – Slogan Polis Sedia Berkhidmat dibuktikan Ketua Polis Balai Bota, Asisten Superitendan Hasrul Affendi Mohd. Salleh apabila dia dan dua anggota membantu seorang wanita bersama bayinya setelah kereta dipandu rosak.

Kejadian pada pukul 10.30 pagi itu berlaku di simpang empat Bota Kanan di sini semasa Hasrul Affendi bersama anggotanya sedang menjalankan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kereta proton wira yang dipandu wanita berusia 30-an bersama anaknya berusia empat bulan itu mengalami masalah bateri dan gagal dihidupkan selepas berhenti di lampu isyarat persimpangan berkenaan.

Menurut Hasrul Affendi, wanita itu memaklumkan dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Lekir, Sitiawan selepas membawa bayinya yang menghidap masalah buah pinggang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh.

“Wanita itu keluar dari keretanya dalam keadaan cemas dan bayinya berada dalam kereta.

“Dia memberitahu keretanya tidak dapat dihidupkan sebelum kami menolaknya ke kawasan selamat dibantu orang awam dan menghubungi mekanik,” katanya semasa ditemui pemberita.

Katanya lagi, wanita berkenaan turut memaklumkan dia mempunyai dua orang lagi anak yang ditingalkan sementara di rumah.

“Dia meminjam kereta abang iparnya dan terpaksa memandu sendiri kerana tidak mahu terlepas temu janji rawatan anaknya biarpun suaminya tidak dapat menemani kerana turun ke laut,” katanya.

Selepas kereta tersebut di baiki, wanita berkenaan segera pulang bersama bayinya kerana memikirkan dua lagi anaknya dirumah. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!