About Me

PKP berjaya membuahkan hasil – PM


PETALING JAYA – Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara mendadak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan PKP Fasa Pertama menyaksikan graf jangkitan kes Covid-19 mula menunjukkan trend melandai dengan catatan sebanyak 4,949 kes semalam berbanding 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

“Sistem kesihatan negara kita juga masih mampu menampung kes-kes (Covid-19) baharu di samping mencatatkan jumlah pesakit sembuh yang tinggi.

“Ini menunjukkan tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil,” katanya pada perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!